Keajaiban seperti ini bukan sahaja di Malaysia malah dihebah2kan oleh ramai umat muslim seluruh dunia. Pelik aku dengan segelitir umat Islam kat dunia ni. Rahsia hebat serta panduan yang sebenar dalam Al-Quran tak nak bongkar, tapi perkara2 yang bermain dengan nombor macam ni pulak yang sibuk diwar2kan. Siap ada pula yang kaitkan nombor2 ayat dan surah dalam Al-Quran dengan misteri kehilangan MH370 dan tragedi MH17.
Ayat-ayat Al-Quran itu sendiri sudah lengkap dan meliputi macam2 aspek kehidupan seperti panduan, petunjuk, ajaran, arahan, perintah, peringatan, pedoman, doa, pengajaran, sejarah serta sains, so tak perlu nak tokok tambah dengan benda yang tidak jelas dan tiada dalilnya.

Kita sebenarnya tidak memerlukan keajaiban yang direka-reka untuk mengimani akidah kita. Al-Quran itu sendiri adalah keajaiban. Malah kita masih dapat hidup di muka bumi dan bernafas menghirup oksigen itu sendiri pun suatu keajaiban oleh yang Maha Esa.
0 comments:
Post a Comment