Searching...
Monday, July 13, 2015
6:03 PM 0

Kisah Benar: Pasangan ini hanya sempat bersama 10 hari, isteri mati dipanggil Allah


SUNGGUH menyayat hati… berbagai emosi bercampur baur tatkala membaca kisah cinta pasangan ini.

Mungkin inilah yang dikatakan, ajal dan jodoh itu ketentuan ilahi.

Pasangan yang dikenali sebagai Mohd Mokhzani Abdul Rahim, 27 dan Nadhratan Naim Abdul Sani, 20 ini selamat bergelar suami isteri 29 Disember lalu.

Namun, nampaknya tuhan lebih menyayangi si isteri apabila dia dijemput Ilahi dan menghembuskan nafas yang terakhirnya semalam.

Apa paling menyentuh hati kami, mendengar kisah pasangan jarak jauh yang hanya sempat bersama 10 hari.

Kisah yang diceritakan oleh Makhzani membuat ramai yang sebak dan simpati hingga menjadi viral di laman sosial.

Menurut Makhzani, mereka dijodohkan atas pilihan keluarga dan hanya sempat berkenalan selama empat bulan sebelum diijab kabul.

Setelah menjadi suami isteri, pasangan ini hanya sempat bersama selama 10 hari sebelum Mukhzani terpaksa terbang ke Mesir untuk menghabiskan pengajiannya yang hanya tinggal enam bulan.

Bermula detik itu, pasangan ini hanya berhubung menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Malangnya, Nadhratan meninggal dunia awal pagi semalam (8.4.2015) selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya.

Tambah syadu, seorang rakan arwah mendedahkan Nadhratan menghembuskan nafasnya selepas suami arwah yang dalam talian diletakkan di sebelah telinga arwah.

Antara luahan Mukhzani tentang isterinya:

Dia memang isteri yang baik.. cantik orangnya.. merdu suaranya ketika membaca Al-Quran.. sering bangun malam untuk berqiamullail.. sering mengamalkan mathurat..

Selalu memohon kemaafan walaupun tiada kesilapan.. dia isteri yang terbaik, anak yang terbaik, menantu yang terbaik, adik yang terbaik dan aku yakin sahabat yang terbaik.

Sungguh aku sangat merinduimu wahai bidadari syurga.. walaupun hanya sementara dipinjamkan, aku redha dan bersyukur atas semuanya.

Syukran ya Allah pinjamkan dia kepadaku..

Al-Fatihah dan moga damailah dikau di sana bidadariku…

Luahan sang suami ini mendapat perhatian hingga dikongsi lebih seribu pengguna di Facebook.

Semoga syurga buat hamba Allah ini… buat Mukhzani, moga tabah dan sabar atas kehilangan isteri tercinta.


0 comments:

Post a Comment