Ustaz Love dah lama menerima soalan ni.. tapi Ustaz Love tangguhkan dulu menjawabnya sbb memberi laluan kepada entry sempena Ramadhan.. insyaAllah, selepas ni Ustaz Love akan cuba menjawab mana2 soalan yg belum dijawab..
Persoalannya berkaitan adab membaca al-Quran menggunakan gadget (henfon, mp3 player, iPod, iPrott dsb) yang ditanyakan oleh cik mars :
“assalamualaikum..
alang2 dh citer pasal teknologi ni kann, nk tanya ustaz la..
adab baca al-quran mobile…pakai phone.
cari gali kt internet, tak jumpa…“
Waalaikumussalam..
Alhamdulillah, dengan kemajuan teknologi sekarang ni, kita semakin mudah untuk melakukan ibadah.. jika dulu kalau nak baca al-Quran, kena bawa al-Quran yang besar, kena semak satu2, kena ingat hukum tajwid, kena ada wuduk untuk memegangnya.. ini merupakan suatu mujahadah orang dulu2 untuk berurusan dengan al-Quran.. maka hasil mujahadah ini juga biasanya sangat menakjubkan..
Namun, teknologi itu sebenarnya bersifat memudahkan.. kaedah asal masih lagi sama.. nak belajar al-Quran, kena berguru.. kena belajar secara musyafahah (berdepan) dan bertalaqqi.. tetapi, jika nak semak bacaan, gaya berlagu dsb, tiada masalah nak guna youtube ke, mp3 ke, mp4 ke.. jangan guna C4 sudahh..
Persoalannya sekarang, adakah jika kita menggunakan teknologi, kita masih tertakluk dengan hukum2 dan adab2 sesuatu amalan itu?
Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah.. ramai orang telah lembut hatinya untuk kembali menyapu habuk di songkok untuk dibawa solat di masjid.. juga membuka kunci almari yg menempatkan al-Quran untuk dibuka dan dibaca.. juga semakin tinggi rating channel2 agama di TV yang menyiarkan rancangan Islamik dan bacaan al-Quran (tapi kalau drama Islamik, tak masuk book sbb bukan bulan puasa pun orang suka nak tengok.. terutama kalau ada Harun Aziz)..
Keinginan kita untuk beramal dan mendekati amalan agama juga semakin meningkat.. jika dulu, henset dipenuhi dengan lagu2 artis, kini kita dah gantikan dengan al-Quran mp3 serta nasyid2.. begitu juga la medium2 lain seperti iPod, al-Quran digital dsb.
Ustaz Love saje je buat muqaadimah panjang2.. sbb jawapan kepada persoalan di atas adalah pendek je..
Adab membaca al-Quran digital, adalah sama dengan membaca al-Quran Mushaf (Kitab).. jadi, jangan pandang remeh disebabkan ada istilah digital di situ. digital ke, manual ke, ianya tetap merupakan al-Quran yg masih perlu kita jaga adab2nya..
Antara adab membaca al-Quran adalah berwuduk, bersugi, mengadap qiblat, membaca di tempat yg suci dan bersih dsb.. adab membaca al-Quran digital pun sama juga.. sbb ianya juga al-Quran (walaupun tak ditulis dalam mashaf – helaian).. yang berbeza hanyalah dari sudut menyentuh al-Quran.. adakah sama juga dengan al-Quran digital?
Jumhur ulamak menyatakan bahawa haram bagi mereka2 yg berhadas besar (bukan buang air besar, tapi berhadas besar ie haid, nifas, berjunub) dan berhadas kecil (tiada wuduk) menyentuh al-Quran. Cuma ada khilaf pada memegang al-Quran tanpa wuduk (hadas kecil), ada yg mengatakan harus pegang.. ada yg mengatakan haram pegang.. Tetapi lebih selamat berpegang pada pendapat jumhur iaitu haram memegang al-Quran tanpa wuduk.
Tetapi, memegang al-Quran digital atau henfon yg ada al-Quran digital / mp3 di dalamnya, maka tidak termasuk dalam hukum di atas.. kerana al-Quran digital bukanlah mushaf (helaian yg tertulis padanya) al-Quran.. sebaliknya adalah file2 tertentu yang hanya boleh dimainkan melalui program tertentu dan alat tertentu. Ia termasuk juga al-Quran dalam CD, kaset dsb.. tiada masalah nak pegang tanpa wuduk..
Begitu juga kalau nak bawak masuk dalam toilet.. tiada masalah dengan syarat skrin ayat al-Quran itu tidak dipaparkan atau suara bacaan al-Quran itu dipasang (ditutup).. bacaan al-Quran di dalam toilet hukumnya haram kerana dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap al-Quran.
Apa pun, tak kira la al-Quran digital ke, al-Quran mushaf ke, yang lebih penting kita membacanya.. tak guna juga ada al-Quran yg cantik, tapi dibuat perhiasan dalam almari.. juga takde makna juga beli al-Quran digital, tapi dok simpan dalam laci.
WA
0 comments:
Post a Comment