Searching...
Sunday, June 21, 2015
9:53 AM 12

20 Larangan ketika melakukan persetubuhan di dalam Islam


Berhubungan berjimak suami istri harus dilakukan penuh adab dan ada waktu-waktu yang dibolehkan dan ada waktu – waktu yang dilarang untuk melakukan hubungan jimak suami istri. Hal ini disebabkan karena dalam Islam hubungan suami istri adalah ibadah dan bernilai pahala.

Adapun Hadis Rasululah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjimak iaitu:

1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”


12 comments:

  1. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, hadis tersebut direkodkan oleh seorang ulama Syiah bernama al-Syeikh al-Mufid (meninggal dunia tahun 413 Hijrah), dalam bukunya "al-Ikhtisas", disunting oleh Ali Akbar al-Ghifari dan al-Sayyid Mahmud al-Zirandi, terbitan Dar al-Mufid, Beirut tahun 1993, halaman 132-135.
    Hadis tersebut juga direkodkan oleh ulama Syiah lain dalam buku 'al-Faqih', 'al-'Ilal', dan 'al-Amali. Menurut Ibnu Nadim, dalam bukunya 'al-Fihris' Syeikh al-Mufid nama sebenarnya Muhammad bin Muhammad bin al-Nu'man Ukbari al-Baghdadi yang dikenali dengan nama al-Syaikh al-Mufid dan Ibn al-Mu'allim, dilahirkan pada 11 Zulkaedah di Ukbari, Iraq pada tahun 338 hijrah dan mati pada bulan Ramadhan tahun 413 Hijrah/1022 Masihi dalam usia 75 tahun. Jenazahnya diimamkan oleh al-Syarif al-Murtadha dan dihadiri oleh 80,000 orang Syiah. Beliau adalah dalam kalangan ulama besar Syiah yang masyhur pada abad ke 4 hijrah. Karangannya melebihi dua ratus buah buku dalam pelbagai bidang keagamaan (hlm 266 –268).

    Berdasarkan analisa yang telah dilakukan, tiada dalam kalangan ulama hadis Ahli Sunnah Wal Jamaah yang meriwayatkan hadis seumpama itu. Oleh itu, hadis tersebut adalah diragui kesahihannya, maka adalah lebih utama untuk tidak menerima riwayat tersebut.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  2. Emang benar nih Hadits?
    ternyata

    ReplyDelete
  3. mana perawinya mcm tak betul ni

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. islam itu mudah dan indah, jangan kerana pantang larang yg pelik dan diragui kesahihan'y menyebabkan orang bukan islam berfikir berkali2 untuk peluk islam

    ReplyDelete
  6. Padahal ada suatu hadist mengatakan
    Seorang istri waji melayani suami ktika suami ingin mlakukan (berjima) walaupun diatas unta sekalipun...

    Kok bda jau....

    ReplyDelete
  7. Karunia Alllah apa seperti itu. Kl manusia ciptaan Allah yg paling sempurna apa anak itu anak kutukan.

    ReplyDelete
  8. siapa perawi hadith? entah2 ni hadith palsu keluaran syiah.. org syiah pun ada hadith sdri.. so sblm post bab hukum.. cek dlu asal usul hadith.. ni bab akidah.. jgn buat main..

    ReplyDelete
  9. iya mas tri asmoyo.....
    dari awal hadis..... aku baca memang kasihan ali ya.....tak ade kesempatan....
    dalam melarat selalu,,,....
    kaloe selalu di tahan mungkin HH nya bengkok kayak tanduk kebow. hahahaha

    ReplyDelete