Searching...
Sunday, June 28, 2015
11:06 AM 0

5 Tahap atau peringkat Sholat yang menjadi ukuran masuk surga


Tahap manusia ketika solat berbeza-beza. Ada lima tahap yang perlu anda perhatikan sebgai ukuran, di tingkat manakah anda berada.

1. Tahap pertama

Di sinilah letaknya orang -orang yang tidak menjaga waktu solat. Dia tidak menjaga wudhuk, tidak juga rukun-rukun solat yang zahir serta kekhusyukkan. Orang sebegini akan mendapat hukuman di atas solatnya sebagaimana disepakati oleh semua ulama.

2. Tahap kedua

Di sini terletak orang-orang yang menjaga waktu solatnya , menjaga wuduk dan juga rukun-rukun solat yang zahir, namun dia melalaikan khusyuk.Orang seperti ini akan di hisab solatnya dengan keras.

3. Tahap Ketiga

Pada tahap ini terletak orang-orang yang menjaga waktu solat , wuduk dan juga rukun-rukun solat yang zahir. Dia nampak berjuang gigih melawan syaitan. Di awal-awal dia boleh khusyuk , tetapi kemudian syaitan berjaya mencuri perhatiannya. Dia kembali melawan , dan demikian seterusnya silih berganti.Orang seperti ini akan tertutup kekurangannya.

Dia berjuang gigih dalam solatnya.Tentu dia akan mendapat dua pahala, pahala solat di bahagian mana dia berjaya khusyuk dan pahala perjuangan melawan syaitan.

Tahap seperti ini sering terjadi.Sebab seseorang akan sering mengalami perubahan keadaan , dan syaitan pun terus berusaha untuk mendapatkan kesempatan menggoda.

4. Tahap Keempat

Di tahap ini terletak orang-orang yang menjaga waktu solat, wuduk , rukun-rukun solat dan melaksanakan solat dengan khusyuk.Ini merupakan tahap yang sangat tinggi , sebab dia menang melawan syaitan setelah perjuangan yang amat gigih.Orang seperti ini akan mendapat pahala penuh.

5. Tahap Kelima

Tahap ini adalah tempat bagi orang yang menjaga penuh waktu solat , wuduk, rukun-rukun dan kekhusyukkan.Orang ini juga menanggalkan hati dan menyerahkannya sepenuh jiwa kepada Allah SWT. Orang ini tidak lagi berada di dunia. Dia ada bersama Allah. Tidak lagi terkait dengan ikatan-ikatan dunia. Dia tidak lagi melihat atau mendengar.

Inilah maksud dari ucapan Rasulullah SAW : 

“Puncak kebahagiaanku terletak di dalam solat”. Orang seperti ini adalah orang istimewa yang dekat dengan Tuhannya,


0 comments:

Post a Comment