Searching...
Sunday, June 21, 2015
6:03 AM 0

7 Tanda sebenar lelaki dan perempuan wajib berkahwin


Adakah anda rasa sunyi biarpun dikelilingi keluarga dan sahabat handai? Cemburu melihat kemesraan pasangan yang sudah berkahwin? Jika anda jawab ya, maka anda sudah mempunyai tanda-tanda dah wajib kahwin.

1. Berasa sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang

– apabila anda seringkali terasa sunyi biarpun ketika itu ramai yang berada bersama anda, maka itu adalah petanda awal sudah sampai masanya untuk anda berkahwin. Terutamanya bila hati anda terasa kosong dan memerlukan seseorang yang bernama kekasih hati untuk mengisi kekosongan itu. Jika anda didatangi perasaan kesunyian yang pelik, maka dah sampailah waktu untuk anda berkahwin.

2. Kehidupan yang tidak terurus

- jika anda rasakan kehidupan anda seolah tidak teratur dan tidak bersistematik. Kurang rasa tanggungjawab akibat hidup bebas. Bilik dah macam tongkang pecah. Malah waktu tidur dan makan pun tidak teratur. Maka dah sampai waktunya untuk anda mencari pasangan hidup.

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

– jika anda sudah mudah tertarik pada individu yang berlainan jantina. Contoh kalau anda perempuan, nampak sahaja lelaki mesra sedikit, anda sudah berkira-kira sama ada dia jodoh anda. Walhal nama penuh dia pun anda belum tahu. Maksudnya anda sudah tidak sabar untuk berumahtangga.

4. Terlalu kerap memikir soal jodoh dan masa depan

– bila sampai ke satu tahap anda sentiasa fikir tentang mencari calon yang sesuai. Mula berfikir tentang perkahwinan dan kehidupan selepas berkahwin. Mula mengimpikan untuk memiliki keluarga yang bahagia. Terbayang-bayang ada suami atau isteri di sisi. Mula angan-angan menamakan bakal anak-anak. Bila fikiran mudah melayang memikirkan apa sahaja yang berkaitan sebuah perkahwinan sampai terjejas fokus pada kerja. Maka tanda-tanda sudah pun ada…anda sudah wajib untuk berkahwin.

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain

– bila semakin kerap munculnya perasaan cemburu melihat kebahagiaan rumahtangga orang. Cemburu melihat seorang isteri memasak untuk suaminya atau cemburu melihat seorang suami memimpin tangan isterinya ketika berjalan. Percayalah bahawa anda sudah teringin untuk memiliki kekasih yang halal.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak

– bila perasaan keibuan atau kebapaan sudah semakin menguasai diri. Pantang tengok budak kecik, dah rasa nak dukung, nak manjakan. Sampai ke tahap bila mendukung anak orang lain, terasa tidak mahu melepaskan. Bila melihat anak kecil menangis, terasa ingin memujuk. Maka itu tandanya anda sudah bersedia mempunyai keluarga sendiri.

7. Jatuh cinta pada seseorang

– setiap manusia pasti akan rasa betapa indahnya cinta. Jadi bila anda dah serius bercinta dan sanggup bersusah senang dengan teman lelaki atau teman wanita anda maka itu adalah tanda anda telah bersedia untuk menghalalkan perhubungan tersebut.


0 comments:

Post a Comment