Searching...
Wednesday, July 8, 2015
9:24 PM 0

Hukum suami isteri menonton video lucah menurut Islam


Soalan:

'' Saya hendak bertanya mengenai hukum mengajak isteri sendiri menonton video lucah. Tujuan mengajak isteri menonton hanya semata-mata untuk mempelajari tentang cara-cara melakukan seks. Ini kerana isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk meragsangkan nafsunya dulu sebelum kami ''bersama". Apakah pandangan ustad dari segi hukum agama?

Jawapan:

Hukumnya HARAM secara sepakat ulama walaupun niatnya baik.Ia di HARAMkan kerana

Islam mengharamkan melihat aurat orang lain,terutamanya bahagian sulit.Nabi S.A.W. bersabda: "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain,dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain."Sudah tentu apabila melihat filem tersebut ,akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan tidak di izinkan oleh Islam pula.

Islam juga tidak mengalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya.Sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda S.A.W..Jika demikian hukumnya,maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang Halal didalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam (hadis berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita).


0 comments:

Post a Comment