Searching...
Wednesday, July 15, 2015
9:20 AM 0

Terlampau kejam !!.. Foto ibu kandung buang bayi masih bertali pusat dan berdarah


GEMPAR.. penduduk di Taman Alur Pak Bang, Marang dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di atas bangku simen berdekatan taman permainan, semalam.
Difahamkan, kewujudan bayi itu disedari oleh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas mendengar tangisannya kira-kira pukul 1.30 petang.

Bayi yang masih bernyawa ini kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk pemantauan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, semasa kejadian, remaja berkenaan bersama rakan lelakinya yang berusia 15 tahun duduk di sebuah wakaf di tempat kejadian sebelum terdengar bunyi tangisan.

“Ketika memeriksa kawasan tersebut mereka menemui bayi perempuan ditinggal atas bangku.
“Remaja itu kemudian bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang sementara rakannya pula menunggu bayi terbabit,” ujarnya kepada Harian Metro.


0 comments:

Post a Comment