Searching...
Saturday, August 1, 2015
4:30 AM 2

Adegan pegang tangan, berpelukan tidak undang ke arah maksiat - Azalina Othman


Lembaga Penapisan Filem (LPF) ditegur agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut Azalina, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan.

"Kalau nak cakap babak-babak itu boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini.


2 comments:

  1. Haram tetap haram!hukum trletak di tangan hg ka Anzalina oii..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Cakap dgn bantal lg baik la cik kak oiii...

    ReplyDelete