Searching...
Thursday, August 13, 2015
1:11 AM 0

"Dalam dunia ini ada tiga orang sahaja yang saya cium tangannya..." - Ahmad Maslan


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan merayu agar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti dari terus menyerang kerajaan.

Beliau ketika ditemui SuaraTV ketika Majlis Aidilfitri JASA 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, tindakan Dr Mahathir itu tidak membawa sebarang kebaikan untuk negara.

“Saya harap beliau (Tun Mahathir) berubah kerana apa yang beliau lakukan itu tidak memberikan sebarang kebaikan kepada agama, bangsa dan tanahair.

“Saya amat menghormati beliau, kerana dalam dunia ini ada tiga orang sahaja yang saya cium tangannya (ketika bersalam) yang pertama tangan arwah ayah saya, yang kedua tangan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan yang ketika tangan Tun Dr Mahathir Mohamad” katanya ketika ditemui SuaraTV malam tadi.

Menurut Pelawak Malaysia Peringkat Antarabangsa itu, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada ahli politik dan orang biasa. Tidak termasuk Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Beliau turut melahirkan harapan agar Dr Mahathir berhenti dari membuat kenyataan terbuka yang boleh melemahkan parti dan kerajaan.

“Harapan kita ialah agar beliau tidak lagi menyerang (dengan) begitu rupa.

“Itulah harapan ikhlas dari saya, sebagai seorang yang menganggap Tun Dr Mahathir (sebagai) negarawan dan juga idola politik” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang mempertikaikan penjelasan kerajaan berhubung isu dana politik.

Menurutnya atas sebab itu juga beliau cuba untuk mengelakkan dari memberikan sebarang komen yang dianggap kurang sesuai terhadap Dr Mahathir.

Terdahulu mantan Perdana Menteri itu berkata perhimpunan jalanan boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk menyingkir Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dari jawatannya.

“Itu hanyalah sebagai langkah terakhir. Kita bukan orang ganas. Kita tidak sepatutnya memilih jalan demostrasi kerana ia akan menyusahkan orang lain.

“Tetapi jika tiada jalan lain, ia boleh dilakukan,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu sidang media di Universiti Tunku Abdul Rahman petang semalam.


0 comments:

Post a Comment