Searching...
Tuesday, August 4, 2015
9:10 PM 0

Rosmah Mansor beri tempoh 72 jam kepada Bank Negara siasat individu yang membocorkan maklumat akaun bank


Dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot. com, Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan tempoh 72 jam yang berikan peguam isteri Perdana Menteri kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya.

“Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerintahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?,” tulisnya.

Tindakan dibuat selepas pembocoran akaunnya di Affin Bank yang mendakwa beliau menerima RM2 juta sebagaimana yang ditulis Sarawak Report. Ulas Zainuddin atau lebih dikenali Zam,apa yang dilakukannya menimbulkan pelbagai persepsi.

“Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan,” tulisnya.

Baca nih!! 

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat apabila akaunnya di Afffin Bank yang dikatakan menerima simpanan RM2 juta terdedah.Beliau mahu pembocoroan itu disiasat dalam masa 72 jam.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu.

Rosmah memang mempunyai akaun di bank itu sejak 1984 ketika beliau bekerja dengan Island & Peninsular Sdn Bhd, tetapi samaada benar atau tidak kemasukan simpanan RM2 juta itu dipersoalkan oleh orang ramai.

Hanya atas kewujudan akaun itu, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?

. Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa yang ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.

Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?. Jika alasannya masih dalam siasatan maka kenaapa tidak berpegang pada prinsip ini sehingga tamat penyiasatan?.

Sentimen saya kepada Dr. Zeti sama seperti sentimen saya kepada bapanya Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunyaKak Azah (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur yang mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untuk Yayasan Tun Abdul Razak.

Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible ~Zamkata

Dalam masa yang sama tindakan Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara membuktikan biarpun dia hanya Isteri seorang Perdana Menteri.. beliau seolah-olah lebih berkuasa dari Perdana Menteri..

Sumber asal

0 comments:

Post a Comment