Searching...
Tuesday, August 4, 2015
8:20 PM 0

RUPANYA ini punca sebenar badan Yusry KRU naik mendadak hingga mengejutkan Lisa Surihani


Lumrah apabila seseorang wanita itu hamil, merekalah yang kerap kali mengalami pelbagai alahan yang tidak pernah mereka lalui sebelum ini seperti morning sickness yang boleh diertikan sebagai mabuk hamil yang biasanya terjadi pada peringkat awal kehamilan pada minggu ke 5 atau 6.

Pasangan romantis Yusry KRU dan Lisa Surihani juga tidak terkecuali mengalami alahan ini & apa yang lainnya di sini Yusry menyatakan bahawa berat badannya naik secara mendadak berikutan proses atau alahan yang berlaku kepada Lisa.

“Alhamdulillah setakat ini tiada perkara pelik yang berlaku. Cuma berat badan saya naik di luar kawalan. iaitu sebanyak 6 kg. Sebelum bulan puasa naik mendadak dan saya mengawal berat badan semasa bulan puasa yang lepas. Cuma saya tidaklah mengalami morning sickness seperti mana Lisa alami tapi sekarang sudah pulih”

“Kalau yang pelik sedikit pun apabila Lisa menyuarakan hasratnya untuk makan di tempat-tempat yang tertentu. Contohnya kalau nak makan roti canai hanya mahukan roti canai yang dijual di PJ dia sangat spesifik nak apa dan di mana tempat itu”

“Kadang-kalanya keadaan yang meminta itu pelik pukul 4 pagi dia gerak saya cakap esok pagi nak makan sup benda-benda peliklah. Benda yang tidak pernah berlaku sepanjang tiga tahun saya mengenali dia,” jelas Yusry yang ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KRU Studios di Cyberjaya kelmarin.

Tambahnya lagi, ketiadaan Lisa di Majlis Rumah Terbuka KRU kelmarin disebabkan keadaan Lisa yang terlalu penat dan tidak mengizinka untuk datang bersama-sama meraikannya.

Masih Belum Pasti Jantina Anak Bakal Lahir

Sebelum ini, status mengenai jantina bayi mereka masih menjadi rahsia dan tanda tanya peminat-peminat. Apabila disoal tentang perkara itu Yusry berkata bukan dia dan Lisa mahu merahsiakan tetapi mereka dan doktor yang merawat Lisa juga masih kurang pasti.

“Terus-terang saya katakan nak cakap apa jantina tidak pasti lagi kerana doktor sendiri pun tidak pasti cuma dia hanya merasakan sahaja, itu sebab kalau masih belum sahih saya tak nak cakap. Kalau tahupun kita nak simpanlah sehingga dia lahir,” katanya kepada Rotikaya.

Lebih kurang beberapa minggu lagi, Lisa bakal melahirkan cahaya mata sulung pertama mereka dan persiapan sudah dibuat dan bagi Yusry yang pertama kali menyambut kelahiran bayi persiapan asas sudah dilakukan dan tidak mahu berlebih-lebihan.

“Persiapan yang asas sudah ada. Cuma saya nak tukar kereta beli van MPV kerana keluarga sudah bertambah,” tambahnya sambil berseloroh.


0 comments:

Post a Comment