Searching...
Wednesday, August 5, 2015
12:21 AM 0

Saya sendiri dan orang Umno akan jatuhkan Najib - Rahman Dahlan


Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan, jika RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu adalah duit rakyat, beliau dan UMNO sendiri akan menjatuhkan Ahli Parlimen Pekan itu.

"Kalaulah RM2.6 bilion ini duit rakyat dirompak, ‎tak payahlah Clare Brown, tak payahlah Wall Street Journal, tak payah lagi Sarawak Report nak jatuh presiden Umno. Saya sendiri dan orang Umno akan jatuhkan dia," katanya dalam program Dialog TV1 malam tadi.

‎"Umno tidak akan terlepas daripada mana-mana tindakan undang-undang.‎ Itu yang penting, tetapi untuk mengambil tindakan undang-undang, perlu disiasat dan kena berlaku adil.

"Bila pembangkang melontarkan satu tuduhan, bukan bermakna tuduhan itu berasas. Saya sudah katakan, bila dilontarkan cerita bahawa RM2.6 bilion datang dari 1MDB. Hari pertama lagi perdana menteri mengatakan ini bukan wang rakyat, bukan tujuan peribadi.

"Hari pertama juga, 1MDB juga mengatakan 'No', it's not our money, tetapi tak ada netizen percaya," katanya.

Berikutan itu, kerajaan terpaksa berdepan dan menangani situasi serta persepsi itu dengan menggunakan segala jentera kerajaan bagi menangkis fitnah yang tidak benar sehingga menampakkan kerajaan bersifat defensif dalam isu ini.

"Tetapi kita defensif ini kerana kita mempunyai strategi, kalau tidak percaya apa yang dikatakan oleh perdana menteri, maka siasat. Bila siasat keluar satu kenyataan sama ada duit itu duit rakyat, selesai.
Kita nak satu penyiasatan dibuat dan bila ada penyiasatan dibuat, ada keputusan, kita kena ‎hormati keputusan itu," tegasnya.


0 comments:

Post a Comment