Searching...
Thursday, August 13, 2015
10:20 PM 0

"Suruh Mahathir tolong tutup mulut, dia telah gagal mengubah..." - Pak Habib


Seorang penulis politik veteran meminta supaya Tun Dr Mahathir Mohamad "zip mulut" daripada terus mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Syed Hussein Alattas berkata, memandangkan Mahathir telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, maka bekas pemimpin itu sepatutnya berhenti daripada "bercakap".

Malah, Syed Hussein atau dikenali sebagai Pak Habib mendakwa, selama menjadi ketua negara, Mahathir juga telah gagal kerana tidak berjaya mengubah nasib bangsa Melayu.

"Bagitau dia (Mahathir) untuk zip mulut dia. Beritahu dia, Syed Hussein suruh Mahathir tolong tutup mulut.

"Anda sudah puas bercakap. 22 tahun anda jadi perdana menteri, apa pun tak boleh bikin (buat).

"Dia tak boleh mengubah Melayu. Dia gagal. Dia adalah kegagalan terbesar dalam politik Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran bukunya bertajuk Dosa-dosa Che Det di kediamannya di Janda Baik, Bentong Pahang semalam.

Selain itu, Syed Hussein turut melahirkan rasa simpatinya terhadap Najib yang berdepan dengan pelbagai serangan.

"Dia (Najib) anak manja, tak terfikir pun nak jadi perdana menteri. Dia cuma bernasib baik. Semua jawatan dia bertanding dia menang. Tiba-tiba kena serang macam ini. Kesianlah dia," kata Syed Hussein.

Syed Hussein yang telah menulis 74 buah buku mengenai politik, juga meminta supaya masyarakat memberi peluang kepada Najib untuk terus mentadbir negara.

Beliau juga meminta supaya Mahathir tidak "membunuh" karier politik Najib dengan terus membuat kritikan. 


0 comments:

Post a Comment