Searching...
Tuesday, September 22, 2015
6:25 AM 0

Isu mat rempit kemalangan ngeri di Lebuhraya KESAS, ini pendedahan paling mengejutkan Pihak Polis

Polis sedang mengesan sekumpulan lima penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram sehingga berlaku kemalangan di Lebuhraya Kesas, berhampiran susur keluar ke Alam Impian, Klang, awal pagi tadi. 

 Kegiatan perlumbaan haram membabitkan lima penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ itu dirakam oleh puluhan penonton yang berada di tepi lebuh raya berkenaan pada jam 5 pagi sebelum beberapa versi rakaman tersebar dalam laman sosial, beberapa jam selepas kejadian berlaku. 

 Dalam video itu, lima penunggang terbabit didapati sedang berlumba dari arah Jalan Kebun menuju ke arah ibu negara, sebelum empat dari mereka terjatuh dan terseret selepas gagal mengawal motosikal yang ditunggang dalam keadaan laju dan merbahaya selain turut melanggar sebuah kereta jenis PROTON Exora. 

Pegawai Turut Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansor, berkata pihaknya kini sedang berusaha mengenalpasti semua individu yang terbabit dalam aktiviti itu selepas menerima laporan dari seorang pemilik kereta itu petang semalam di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, petang semalam. 

 "Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, semua penunggang yang dipercayai terbabit dalam kegiatan perlumbaan haram itu serta penonton yang berada di kawasan berhampiran dipercayai melarikan diri selepas berlakunya kemalangan berkenaan. 

 "Namun pihak polis sedang berusaha mendapatkan beberapa maklumat dan keterangan daripada pemandu itu bagi membolehkan mereka yang terbabit dikenalpasti," katanya ketika dihubungi BH.

Selanjutnya di : SINI

0 comments:

Post a Comment