Searching...
Saturday, September 19, 2015
2:08 AM 0

PALING PANAS!! Ini sebab sebenar rumahtangga Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana didakwa bergolak?


Pelakon yang juga isteri pengarah filem Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau Sarah menepis dakwaan rumah tangga mereka bermasalah hanya kerana dia sudah lama tidak dilihat bersama suami.

Sambil mengakui terkejut dengan khabar angin itu, Sarah, 29, menegaskan dia dan Syamsul sangat bahagia menikmati alam rumah tangga yang dibina lebih setahun lalu. 

"Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, ..kami sangat mencintai antara satu sama lain. 

"Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak," terang Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran Butik Shara miliknya di Bangsar, di sini, hari ini. 

Mengikut pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie ini, walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka masih punya masa untuk bersama. 

"Butik ini adalah lambang kebahagiaan kami kerana kami menguruskannya bersama. Jika sebelum ini suami banyak menghabiskan masa di studio, kini dia sentiasa di depan mata kerana Syamsul membuat proses suntingan filem terbaharunya di rumah," katanya. 

Dengan penjelasan itu, Sarah berharap tiada lagi cerita mengarut mengenai rumah tangganya disensasikan. Pasangan itu berkahwin pada Mac tahun lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Baca lanjut dari sumber sini: BH

0 comments:

Post a Comment