Searching...
Saturday, September 19, 2015
3:40 AM 0

Peminat ini dakwa "Mawar Fareeda Umpama Kain Baru"? Jahat giler mulut tu.


Ini pula kenyataan dari Fizo Omar :-

Sudah mendirikan rumah tangga selama dua tahun, Fizo Omar mengakui dia sememangnya menginginkan zuriat namun dalam masa yang sama menyerahkan perkara berkenaan kepada ketentuan Tuhan selain turut berikhtiar bagi mendapatkan zuriat.

“Siapa yang tidak mahukan zuriat tetapi ini soal rezeki dan terletak di tangan Allah untuk menentukannya dan sebagai manusia, saya dan isteri hanya mampu berusaha ke arah itu. Mungkin belum rezeki kami”

“Lagipun kami baru mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan masih dalam proses mengenali satu sama lain. Saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan minta nasihat doktor bagaimana isteri saya boleh mempercepatkan kehamilan. Insya-Allah jika ada rezeki, mungkin siapa tahu tahun depan kami diberikan rezeki menimang cahaya mata,” jelasnya kepada BH Plus

Sementara itu, Fizo juga berharap agar peminat dan juga orang ramai dapat sama mendoakan dia dan juga pasangan agar segera beroleh cahaya mata. Semoga usaha Fizo dalam mendapatkan cahaya mata akan berhasil malah peminat pastinya akan mendoakan yang terbaik buat Fizo.


p/s: Kenapa buat kenyataan kurang bijak sedemikian rupa?

0 comments:

Post a Comment