Searching...
Thursday, September 17, 2015
4:59 AM 0

"Sampai KL, Diorang Suruh Pakai Baju Merah.." - Menantu mangsa tipu


Seorang pengguna Facebook mendakwa bapa mertuanya telah diperdayakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam Perhimpunan Rakyat yang berlangsung semalam anjuran PESAKA.

"Bapa mertua saya juga ditipu, dikatakan ada rombongan ke Putrajaya, tetapi bila sampai di Kuala Lumpur, disuruh pakai 'baju merah' dan ikut perarakan dari Masjid Negara. Sedih betul diperlakukan begitu," kata Qystina FarahDamia. 

Sementara itu, Rosni Abd Kadir pula berkata, ibunya juga diberitahu perkara yang sama oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. 

"Nasib ayah tak bagi ibu pergi. Kasihannya tengok. Panas dan jerebu. Ibu cuma diberitahu ada rombongan ke Kuala Lumpur. Kena pakai seluar dan kasut. Diorang tak tahu ini," katanya yang kesal dengan tindakan pihak itu.

Sumber asal


0 comments:

Post a Comment