Searching...
Friday, July 31, 2015
7:39 AM 1

Muhyiddin tak kebal, boleh dipecat dari UMNO - Azalina Othman


Menteri yang baru dilantik semula ke Kabinet, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.

Laporan Berita Harian menyebut, menteri di jabatan perdana menteri itu turut kecewa kerana Muhyiddin terus mempertikaikan perdana menteri dalam isu 1MDB.

Pemimpin Umno Johor itu mengulas video menunjukkan Muhyiddin menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi.

“Saya tidak faham, siang kata hendak beri sokongan padu, malam keluar video. Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...

“Apa salahnya?,” kata Azalina seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

Lainlah jika wang yang disimpan dalam akaun itu adalah untuk parti atau badan lain.

“Kecuali orang kata 'Datuk, saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO,' saya kena ikut cakap penderma.

“Dalam isu duit (RM2.6 bilion), saya tidak melihatnya sebagai isu besar... bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya.

MP Pengerang itu seterusnya menegaskan, Muhyiddin tidak kebal dari tindakan disiplin parti, termasuk pemecatan sekiranya khianat kepada Umno.

Bagaimanapun, Azalina berkata beliau tidak dapat menentukan jika tindakan Muhyiddin setakat ini merupakan perbuatan khianat.

“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat.

“Saya tidak tahu lagi (sama ada Mukhriz mengkhianati parti), tidak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tidak tahu,” katanya lagi.


1 comments:

  1. siapa kata muhyidin REDHO bila dipecat dari kabinet,,kalau suka bercakap banyak perkara yang tak elok akan TERKELUAR,,cuba bawa bertenang ,,muhasabah diri,,sesekali bawa beritikaf dalam mesjid ,,INSYAALLAH tenang jiwanya,,,

    ReplyDelete