Searching...
Tuesday, May 26, 2015
12:46 PM 0

Pelajar Islam di Perancis disuruh buka tudung dan dihalau keluar dari kelas kerana Skirt Labuh


Dalam satu laporan dari media Perancis, seorang remaja Islam perempuan telah dihalau keluar dari kelasnya sebanyak dua kali gara-gara mengenakan skirt labuh.

Dalam undang-undang sekularisme di sana, ia menghalang mana-mana individu dari memakai pakaian yang berciri-cirikan agama yang keterlaluan.

Menurut sumber, pelajar terbabit yang hanya dikenali sebagai Sarah, 15, telahpun membuka tudungnya ketika masuk ke kawasan sekolah kerana ia merupakan salah satu peraturan yang perlu diikuti.

Namun, pihak sekolah tetap menganggap skirt yang dipakainya terlalu ‘provokasi’, dan dikatakan berpotensi untuk menimbulkan protes.

“Gadis tersebut disuruh balik dan menukar ke pakaian yang lebih ‘neutral’,”ujar satu sumber.

Tindakan tersebut telah menyemarakkan kritikan dari masyarakat global dan medium Twitter telah dijadikan platform untuk menyatakan bantahan dengan penggunaan hashtag #JePorteMaJuppeCommeJeVeux yang bermaksud “Saya pakai skirt saya seperti yang saya nak” telah menjadi trending.


0 comments:

Post a Comment