Searching...
Tuesday, May 26, 2015
12:50 PM 0

Rahsia kopi dan Islam yang amat mengejutkan umat Islam zaman ini


Kira-kira 1.6 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia. Berbilion-bilion orang bergantung kepadanya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang mengetahui kaitan minuman popular itu dengan masyarakat Islam.

Menurut rekod sejarah, dalam tahun 1400-an, kopi menjadi minuman yang sangat popular dalam kalangan umat Islam di Yemen yang terletak di selatan Semenanjung Arab. Legenda itu bermula apabila seorang gembala (ada yang mengatakan di Yemen, ada yang mengatakan di Ethiopia) menyedari bahawa kambingnya menjadi sangat bertenaga dan resah apabila memakan biji kopi dari sebatang pokok. 

Penggembala itu memberanikan dirinya untuk merasai bahan itu dan ternyata, ia memberi rangsangan tenaga yang luar biasa. Lama-kelamaan, tradisi memanggang biji kopi dan merendamkannya di dalam air untuk menghasilkan minuman berkuasa itu telah wujud dan hasilnya, minuman kopi dilahirkan. 

 Tanpa mengira, sama ada kisah penggembala itu benar-benar berlaku atau tidak, budaya minum kopi telah meresap dari kawasan tanah tinggi di Yemen ke seluruh Empayar Uthmaniah iaitu empayar Islam yang terulung di abad ke-15 Masihi. Serentak itu, kedai-kedai yang khusus menjual minuman kopi telah muncul di beberapa buah bandar utama dalam dunia Islam iaitu seperti di Kaherah, Istanbul, Damsyik dan Baghdad. 

Dari dunia Islam, minuman kopi telah menyelinap masuk ke Eropah melalui bandar tumpuan saudagar besar iaitu Venice. Walaupun pada mulanya, kopi itu dianggap sebagai sebagai “minuman Muslim” oleh pihak gereja Katolik, tetapi kini ia telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Eropah. 

Kedai-kedai kopi pada era 1600-an telah menjadi tempat ahli-ahli falsafah bertemu dan membincangkan isu-isu seperti hak-hak manusia. peranan kerajaan dan demokrasi. Perbincangan itu telah melahirkan satu pergerakan intelektual yang paling berkuasa di dunia moden hari ini. 

Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini.


0 comments:

Post a Comment