Searching...
Friday, June 26, 2015
1:04 PM 7

Apakah puasa batal jika Mandi Wajib selepas Subuh?


Lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Banyak orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib. Dengan sebab ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran anda.

Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa :

“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka. Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh. Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh.

Makruh juga orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar.


7 comments:

  1. Bukankah bulan ramadhan dilarang bersetubuh ini ada kejanggalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata siapa om bulan ramadhan gak boleh bersetubuh??

      Delete
    2. X boleh jima disiang hari...

      Delete
    3. boleh saje kalo bjimak disiang hari....
      tapinye ngak bole puasa la...lagi kalu mau nanggung dosa dan azab seksanye....hahah

      Delete
    4. Boleh lah tapi sebelum adzan subuh

      Delete
    5. Melakukan hubungan badan dengan istrinya di siang hari bulan ramadhan secara sengaja dan sadar bahwa dirinya dalam keadaan puasa ramadhan, maka seseorang tersebut diwajibkan mengqadha (mengganti) puasanya dan membayar kafarat (sebagai dendanya). Kafarat= Puasa 2 bulan berturut2..

      Delete