Searching...
Friday, June 26, 2015
12:57 PM 1

Subhanallah !!...Bukti nyata janji Allah, Gambar kubur Haslinatul Adlin bercahaya


Kisah kubur bercahaya di Perak. Subhanallah!!! Kubur seorang ibu tunggal Haslinatul Adlin Binti Abdullah Halimi bercahaya. Satu kisah yang menjadi “viral” di facebook dimana beberapa keping gambar yang dikongsi kelihatan kubur arwah Haslinatul Adlin bercahaya.

Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada Allahyarhamah Haslinatul Adlin dari Ipoh, Perak yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 20.4.2014 jam 8.52 pagi. Kejadian dikatakan telah berlaku di Tanah Perkuburan Batu 8, Changkat Jering, Taiping.

Jenazah wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak. Gambar Kubur BercahayaAllahyarhamah merupakan seorang ibu tunggal dua orang anak dan meninggal dunia akibat sakit kanser payudara. Kanser payudara yang dihidapinya berada pada tahap yang teruk sehinggakan merebak ke sum sum tulang serta hatinya.


Shaq Adzwan :- Sebagai waris terdekat, kami izinkan penyiaran artikel ini dengan pembetulan:

Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.

Dalam pada itu,

Melalui akhbar Harian Metro, Mufti Perak Tan Sri Harussani turut memberikan pendapat mengenai kejadian itu.

“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

1 comments: