Searching...
Tuesday, July 28, 2015
3:05 AM 0

(2 FOTO) Luahan sedih Najwa, anak TS Muhyiddin Yassin isu bapa digugurkan jawatan TPM


Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dan dalam pengumuman tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri baru, berkuat kuasa 29 Julai.

Sejurus selepas pengumuman itu dibuat oleh Najib, anak-anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin meluahkan perasan mereka di laman sosial Twitter.

“Allah lebih mengetahui,” kata Najwa yang juga merupakan seorang penyanyi melalui akaun Twitternya.


Walaupun samar, tetapi status itu boleh memberi pelbagai tafsiran, tambah-tambah lagi rombakan kabinet ini dibuat selepas kritikan Muhyddin mengenai isu 1MDB dan The Edge.

Sementara itu, Farhan pula memuat naik gambar ayahnya yang menyentuh hati di laman Instagramnya. Gambar itu dipercayai dirakam di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas pengumuman rombakan tersebut.


0 comments:

Post a Comment