Searching...
Tuesday, July 28, 2015
2:41 AM 0

Komen pedas Tan Sri Muhyiddin Yassin kontroversi dilucutkan jawatan TPM


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menerima keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkannya daripada Kabinet dengan hati terbuka dan menghormati kuasa prerogatif beliau untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet.

Menurutnya, sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau terbabit secara langsung dalam pembuatan dasar kerajaan dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh amanah.

"Selama berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

"Kecuali dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet jadi, saya reda," katanya dalam kenyataan, di sini.

Muhyiddin berkata, beliau akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO.

"Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO,"katanya.


0 comments:

Post a Comment