Searching...
Thursday, July 9, 2015
11:24 AM 0

5 Kesan buruk wanita tidur memakai bra dan seluar dalam yang sungguh mengejutkan

foto sekadar hiasan

Menanggalkan pakaian dalam 'bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. 'Menanggalkan pakaian dalam' bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadianda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat / kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi peluang bagi sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon imunitinya.Jika tidur dengan memakai pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda disyorkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau tanggalkan pakaian dalam ketika tidur, supaya dapat mempercepat dan melancarkan proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra semasa tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menasihatkan wanita yang ingin mengelakkan kanser payudara harus memakai bra dalam masa sesingkat mungkindan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam, sila elakkan dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

"Waktu yang paling sesuai untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra, "kata Sydney Singer, seperti yang tersebar dalam chetday

Menurut Sydney Singer, memakai bra terlalu lama boleh meningkatkan suhu rangkaian wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini boleh mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh menyekat aliran darah ke payudara.

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau tidak pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.menurut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu iasangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang.

Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi pengeluaran sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak boleh berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lain. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa memakai pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan memakai pakaian dalam boleh membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bahagian intim baik pada wanita maupun lelaki.


0 comments:

Post a Comment