Searching...
Thursday, July 30, 2015
4:37 AM 0

AMAT MENYAYAT HATI !! Lagi 3 FOTO beg pakaian didakwa milik pesawat MH370 dijumpai

Seorang jurnalis dari Journal de Journal de L’île de la Réunion berkata, pihak polis tempatan di Pulau Reunion mengesahkan laporan penemuan beg pakaian yang telah rosak teruk di Saint-Andre, kawasan berdekatan dimana serpihan sayap yang dikatakan menyerupai bahagian MH370 dijumpai.

Walaubagaimanapun, penyiasat kini perlu menilai sama ada terdapat sebarang kemungkinan penemuan itu mempunyai kaitan dengan penemuan serpihan terbabit.

Dalam perkembangan lain, pusat berita tempatan, L’info à La Réunion, telah menemuramah individu pertama yang ternampak serpihan itu ketika bekerja di pantai di Saint-Andre di pulau itu pada Rabu.

Menurut laporan terbabit, pekerja berkenaan pada mulanya tidak tahu objek apa yang mereka temui. Dia kemudiannya membawa objek itu naik keatas darat untuk dikeringkan dan dijadikan hiasan kepada pengunjung pulau terbabit.





0 comments:

Post a Comment