Searching...
Wednesday, July 8, 2015
2:08 AM 0

Woi Zizan, ko dengar ni kata-kata pedas Emma Maembong !!


BAGI mengubati rasa sedih dan kecewa, bintang drama bersiri Projek Memikat Suami, Emma Maembong mengambil pendekatan untuk lebih fokus pada soal karier lakonannya.

Katanya, pendekatan itu diambil bertujuan memulihkan jiwa dan semangatnya yang terkesan akibat putus cinta dengan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak pada Januari lalu.

"Jujurnya, semangat dan jiwa saya pulih secara semula jadi. Alhamdulillah, saya ini bukanlah jenis yang terlalu suka melayan perasaan dan kerap menangis.

"Saya akui saya sentiasa sibuk dengan kerja dan tiada masa berehat sejak putus cinta. Terima kasih pada Michael Ang kerana banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya,”
katanya pada Majlis Sidang Media & Tayangan Eksklusif Program Raya Astro 2015.

Menyifatkan hubungan itu sebagai tiada jodoh, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini menganggap segala yang berlaku adalah kitaran kehidupan yang akan dilalui setiap insan.

"Siapa yang tak terkesan apabila pelbagai perancangan terhadap hubungan yang terjalin itu sudah pun ada?Jadi, bila jadi kejadian (putus cinta) ini pastinya ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

"Memori dan kenangan itu pasti ada. Saya ini bukanlah robot. Tapi, untuk apa saya mengingatinya lagi? Saya perlu melupakan kesemuanya untuk bangkit meneruskan hidup. Ini semua adalah ketentuan jodoh.

"Bahkan, tiada sesiapa akan kekal dengan kita sepanjang hayat waima ibu bapa kita sekalipun. Tapi, saya tahu ramai ada di sekeliling saya memberi kata-kata positif,"
katanya.

Beralih mengenai persiapan Syawal, Emma menyerahkan semuanya kepada keluarga disebabkan sibuk dengan kerja.

"Saya hanya akan bercuti dua hari sebelum Aidilfitri. Insya-ALLAH, saya juga hanya akan mengenakan rekaan baju raya daripada Melinda Looi nanti,” katanya yang akan pulang ke Terengganu.


0 comments:

Post a Comment