Searching...
Monday, August 24, 2015
5:12 AM 0

Pendedahan terbaru 2 bukti sahih Stacy AF memeluk Islam yang menggemparkan dunia hiburan


Memang mengejutkan. Stacy sendiri belum dapat dihubungi, namun begitu menerusi laman Instagram seorang peminatnya, terpapar gambar pelantun lagu 'Not For Sale' itu dalam keadaan bertudung.

Menurut kapsyen pada gambar itu juga, Stacy dikatakan telah ditemani ibunya dan juga ibu bapa kepada kekasihnya, Akim. Dalam kapsyen tersebut juga, turut disertakan nama Islam Stacy, iaitu Ummu Syaikhah Stacy Abdullah.

Namun begitu, kami masih menantikan jawapan daripada Stacy sendiri untuk mendapatkan kepastian mengenai berita ini. Walaubagaimanapun, pihak Astro yang baru sahaja kami hubungi sebentar tadi memaklumkan bahawa pihak Astro akan memberikan kenyataan rasmi pada esok hari. Sama-sama kita nantikan.

Penyanyi, Stacy, 25, sudah memeluk agama Islam berikutan tersebarnya sekeping gambar menunjukkan dia memakai hijab sambil melafaz dua kali syahadah.

Menerusi gambar terbabit, penyanyi lagu Not For Sale itu dikatakan menggunakan nama Islam Ummu Syaikah Stacy Abdullah.

Difahamkan juga, Stacy memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bahru pagi tadi sambil ditemani kedua ibu bapa Akim dan ibunya yang datang dari Kota Kinabalu, Sabah.

Usaha Harian Metro mendapatkan pengesahan Stacy gagal apabila dia tidak menjawab sebarang panggilan.

Wakil pengurusan Astro ketika dihubungi mengesahkan Stacy ada meminta pihak mereka mengadakan sidang media tergempar bagi menjawab persoalan itu di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil jam 2 petang esok.

"Saya tak boleh mengiyakan atau menidakkan, biarlah empunya badan menjawab sendiri perkara terbabit," katanya.

Sementara itu sumber terdekat Stacy tidak menafikan perkara itu namun enggan mengulas lanjut sehingga sesi sidang media esok.



0 comments:

Post a Comment