Searching...
Tuesday, September 15, 2015
7:41 PM 0

HABISLAH!! Ini reaksi mengejutkan Zain Saidin isu Edry KRU herdik isterinya, Che Ta


Keputusan Che Ta untuk menarik diri daripada menjadi juri tetap Akademi Fantasia (AF) 2015 kini menjadi perhatian malah menurut pengetua akademi tersebut, Edry KRU, lebih ramai lagi juri yang lebih layak daripada Che Ta tersebut untuk menjadi juri.

Sementara itu, menurut Zain Saidin, suami kepada pelakon tersebut, menjelaskan bahawa tindakan isterinya menarik diri sebagai juri tetap program realiti AF bukanlah di atas sikap terburu-buru.

“Saya tidak boleh kata apa-apa dalam hal ini memandangkan setiap pihak ada pandangan masing-masing. Cuma apa yang saya tidak faham cara teguran Edry kepada Che Ta. Sebenarnya Che Ta agak terkejut dengan tindakan Edry dan membuat keputusan menarik diri daripada program itu selepas yakin dia tidak akan boleh bekerjasama lagi”

“Mengenali dia, saya yakin isteri saya hanya mahu menjadi jujur sebagai pengkritik. Mungkin tidak semua pihak mampu terima apa yang cuba disampaikan Che Ta tetapi memang dia ditugaskan dengan itu. Saya ada beri pendapat, mungkin dia boleh lupakan sahaja, tetapi apa-apa keputusan juga kena datang daripada dia”

“Jika dia sudah muktamad dengan keputusan tarik diri, saya sokong,” jelasnya kepada Utusan Malaysia. Harapnya mereka masing-masing professional untuk bekerjasama di masa hadapan. Jika berbalah pun, pusing-pusing industri seni Malaysia ini kecil saja pun.

0 comments:

Post a Comment