Kaki menaiki tangga bas dan terus melangkah kebelakang mencari tempat duduk. Suasana hening dengan karenah rakan-rakan. Dibahagian tempat duduk kedua terakhir sebelah kanan ku terlihat seorang Ustazah yang bernama Saidatul Hanisah namun aku menggelarkannya Kak Anis. Dia sedang asyik meneliti handphone. Namun tidak pula terdetik hati ingin mengambil tahu apakah yang dilakukan kerana hormat privasinya. Khusyuk.
Sejurus jasad ini tiba di satu-satunya ruang duduk yang masih kosong di belakang bas ada sebaris kerusi berjumlahkan 5 ruang, kelihatan hanya seorang Ustazah yang aku gelarkan sebagai kak Ha sedang duduk sambil anak matanya merenung ke luar tingkap sebelah kanannya. Dia duduk di kerusi yang ke 2 daripada kanan. Aku mengambil tempat di kerusi yang ke 2 daripada kirinya. Saja diselangkan satu kerusi kosong diantara kami kerana perasaan hormat yang tinggi padanya.
Bas mula bergerak. Anak mataku termenung kosong melihat ke luar jendela. Kelihatan warung-warung, orang sedang asyik mahu membuka gerai. Perjalan kini tiba di persimpangan Greenwood daripada Taman Berjaya. Lamunan yang bermain difikiran terpustus akibat tersentak kerana ditegur.
"Alif Aiman, ibu pegaiwai MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) kan?", soalan daripada seseorang yang sangat ku hormati, Ustazah Fatimah Syarha. 'Alif Aiman? Tak sangka ustazah boleh ingat nama itu. Namun hairan seribu kali hairan bagaiman nama itu boleh terpancul sedangkan aku lebih senang digelarkan dengan nama Muhammad Alif', monolog ku sendirian seketika.
"Ha'ah, kenapa ustazah?", Soal ku hairan. "Saya dah lama tak bagi ceramah disana dan ingatkan nak buat satu dalam masa terdekat." Wajahnya bersih dihiasi senyuman, berkata dengan penuh sopan. 'Seingat aku kali terakhir Ustazah memberi ceramahnya adalah pada bulan 3 tahun lepas'.
"InshaAllah, nanti saya bagitahu dekat mama", ringkas jawapan diberi.
"Kamu jangan kata saya yang mahu tau, tapi syorkan pada ibu kamu tau!", aku terpaku sekejap. Menilai gaya bahasa yang digunakan. Senyuman dibibir tidak lekang namun nadanya cukup tegas. 'Aku keliru, ni sebenarnya ketegasan dalam kelembutan atau kekasaran yang dihiasi kelembuatan? Argh, astagfirullah!' Cepat pula aku istigfar dalam hati daripada bersangka-sangka.
Aku tidak membalas dengan kata-kata cukup senyuman menjadi jawapan. Tidak berani memandang dia lama-lama kerana perasaan hormat yang tinggi lantas di merupakan isteri orang. Pandangan kini dikembalikan keluar tingkap. Aku menutup mata sementara bagi menarik nafas dan apabila mata dibuka aku sedang berada di atas katil yang masih bertemankan novel Tautan Hati karya Ustazah Fatimah Syarha.
Mimpi yang cukup membuatkan aku tertanya-tanya, apakah maksud mimpi ini? Adakah patut aku melayannya? Objektif mimpi itu adalah suatu permintaan supaya dapat berkongsi ilmu, menyedarkan ummah dan menjadi lebih mahal di nata-Nya dengan bantuan Ustazah. Semoga Allah melindungi ku sentiasa. Allahumma Ameen~
0 comments:
Post a Comment