Aidilfitri tahun ini aku dapat soalan cepu emas darpada seorang sahabat yang duduk berjuahan dari isteri. Pasangan yang pernah tinggal berjauhan sahaja tahu perasaan mereka.
“Bro, apa hukum hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri?”
Tak pernah pulak aku dengan hukum haram hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri. Setahu aku hubungan seks suami isteri hanya haram ketika isteri haid & nifas dan haram melalui dubur. Haram juga dilakukan ketika melaksanakan puasa Ramadhan dan perlaku mesti membayar kembali dengan berpuasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan kepada 60 orang miskin. Haram juga berjimak ketika sedang berihram haji dan umrah dan jika berlaku akan dikenakan dam.
Itu dari ilmu aku yang cetek tapi tak boleh nak kongsi begitu sahaja tanpa rujukan. Sebelum nak bagi jawapan aku buat sedikit rujukan.
Daripada pembacaan beberapa buku terdapat khilaf hukum seks suami isteri malam Aidilfitri. Ada ulama yang membenarkan dan ada ulama tidak membenarkan.
Mungkin para ustaz yang membaca entri ini boleh berkongsi ilmu dari sumber-sumber yang saih.
Kepada Rakan Blogger yang belum berkahwin jadikan entri ini sebagai sumber ilmu persiapan dan mungkin entri “Selamatkah seks ketika hamil” juga boleh jadi sumber ilmu.
Majoriti pendapat dari rujukan beberapa ustaz menyatakan tiada khilaf dalam soal seks suami isteri malam Aidilfitri :
1. Ustaz Fadli (Penasihat Syariah eQurban.com) : Pada dasar hukum, tiada dalil & hujjah yg sahih lagi kukuh dari sumber agama (alquran, hadis, ijma’ n qias) yg mengatakan haram@larangan seorg suami bersama dgn isterinya pd mlm raya krn para jaguh fiqh yang muktabar (imam malik, imam hanafi, imam syafie n imam ahmad) juga berittifaq (setuju ) bahawa dibolehkan seorg suami bersama isterinya pd semua keadaan yg dibenarkan, dan tiada larang secara mutlak dalam kalangan tokoh ahli hadis, fuqaha’ n lain2 sekiranya si suami bersama dgn istrinya pd mlm raya.
2. Ustaz Effendi (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur) : hukum jimak suami isteri adalah pada bila2 masa kecuali pada waktu iktikaf, haji, umrah, haid, nifas dan siang ramadhan sahaja. tidak ada khilaf ulama dalam bab ni. hanya ada kata2 dari sebahagian orang awan yg menyangka kalau jimak pada malam raya maka syaitan akan melekat sekali sebab mereka baru dilepaskan selepas diikat sepanjang ramadhan. itu hanya dakwaan tanpa hujah. nabi saw dah ajar doa jimak supaya dijauhi syaitan ketika berjimak. harap maklum.
3. Ustaz Azwan Muhamad : Tidaklah sampai jatuh haram utk jimak pada malam Aidilfitri. Hukumnya seperti yang telah disepakti oleh ulama adalah makruh. Antara waktu-waktu yang makruh selain 2 malam hari raya ialah pada pertengahan (tanggal 15) bulan Islam (waktu bulan mengambang). Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang. Juga makruh. Juga makruh pada malam Rabu dan antara waktu azan dan iqomah.
4. Hj Muhamad Khanafi : memang tak pernah dengar hukum camtu..dr sudut dalil al quran dan hadis..hanya ade 3 situasi saja iaitu pada waktu siang ramadhan,waktu haid dan nifas,dan waktu berihram haji dan umrah.Ketiga2 situasi itu secara jelas ade hukumnya.sy berpandangan kemungkinan sandaran hukum haram jimak suami isteri mlm adidilfitri ini berdasarkan hadis dhaif.sebenarnya hadis dhaif hanya boleh digunakan dlm soal2 fadhail amal sahaja dan bukannya soal hukum.
0 comments:
Post a Comment