“Wang tersebut dibelanjakan ke mana? Bukan masalah anda. Ini hanya isu antara penderma, penerima dan MT Umno,” kata portal Mykmu yang bertajuk 'Nota Kaki Untuk Seorang Anak Menteri Besar.
Artikel berkenaan ditulis dan dipercayai ditujukan kepada anak Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin, Akmal Saufi yang mempertikaikan dana RM2.6 bilion itu.
Selain itu juga, Akmal yang juga pengarah Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) mempertikaikan bagaimana Najib boleh menerima derma itu sedangkan beliau mempunyai banyak wang dan juga mempersoalkan mengapa LHDN tidak bertindak terhadap Najib.
Menurut artikel Mykmu yang mempertahankan Najib itu, tiada unsur rasuah dalam transaksi itu kerana ia bukan dimiliki secara sah, disembunyikan atau berpunca daripada pihak berkepentingan.
Portal itu juga menolak persoalan sama ada RM2.6 bilion perlu dibayar cukai kerana mulai tahun taksiran 2004, pendapatan dari luar dan diterima di Malaysia oleh individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan cukai pendapatan.
Jelas mereka lagi, Bank Negara Malaysia juga mengetahui perkara itu kerana ia sebuah transaksi yang besar dan menyatakan kesemua akaun peribadi Najib telah dimaklumkan kepada pihak Bank Negara.
Malangnya, BN tidak dapat mendedahkan sumber dana itu didermakan oleh siapa kerana pembangkang suatu masa dulu pernah menolak undang-undang bagi membolehkan perkara itu dilaksanakan.
RM2.6 bilion itu juga dikatakan digunakan untuk menghadapi pilihan raya dan kerja-kerja kebajikan parti UMNO.
0 comments:
Post a Comment