Searching...
Saturday, June 27, 2015
7:01 PM 0

10 Golongan yang diusir dari Padang Mahsyar


Di perhimpunan agung Padang Mahsyar itu akan di pasang bendera, sepanduk dan panji-panji sebagai tanda pengenal golongan umat manusia. Bendera dan panji-panji itulah yang disebut “ Liwaul hamdi ’’ iaitu bendera pujian . Umat Islam akan berbaris dengan beberapa barisan dibawah panji-panji, sesuai dengan apa yang telah mereka ta’ati dalam hidupnya.

10 GOLONGAN YANG DIUSIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera- Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi- Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah- Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal- Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikkan- Mereka adalah pemidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka- Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya- Mereka adalah orang yang mengganggu jirannya.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta- Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai- Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas- Mereka adalah manusia yang syirik kepada Allah SWT.


0 comments:

Post a Comment