Searching...
Saturday, June 27, 2015
10:07 AM 0

Hukum Sahur dan bila habis Waktu Suhur yang ramai tidak tahu


Disyariatkan kaum muslimin untuk bersuhur, dan sepakat fuqaha’ bahawa hukumnya adalah sunnah berdasarkan sabda Nabi SAW berbunyi:

Maksudnya : “Bersahurlah kalian kerana dalam bersahur tersebut terdapat keberkatan” [HR. al-Bukhari & Muslim].

Makanan Yang Terbaik Untuk Sahur

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar.

Nabi s.a.w bersabda:

نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan. Pada tamar ada kelebihan yang memberikan kekuatan untuk seseorang berpuasa.

Makanan yang terbaik untuk sahur ialah beberapa biji tamar sebagaimana yang thabit dalam hadith Sahih.

Bila Habis Waktu Suhur

Dalam hadith Sahih yang dikeluarkan al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Anas bin Malik, Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa mereka bersahur daripada Anas bin Malik, Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa mereka bersahur bersama Nabi SAW, kemudian bangun pergi mendirikan solat Subuh.

Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya (antara mula sahur dan solat Subuh)?“
Zaid menjawab: “Sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat al-Qur’an”

50 atau 60 ayat al-Qur’an adalah kira-kira 20 minit atau 15 minit, maka hadith ini jelas menunjukkan bahawa waktu sahur itu adalah awal pagi mendekati waktu subuh, sesuai dengan maksud bahasa istilah al-Suhur itu sendiri. Secara mudahnya, tiada istilah melewatkan sahur, kerana sahur itu sendiri waktunya adalah lewat!

Sekiranya 15 hingga 20 minit sebelum fajr subuh itulah waktu sahur, sebelum dari waktu itu tidak dinamakan sahur tapi ia adalah “Supper”! Allahua’lam.

0 comments:

Post a Comment