Searching...
Tuesday, July 7, 2015
12:13 PM 0

4 Kesilapan terbesar umat Islam saat menjalani Sahur di waktu subuh


Dalam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kadang-kadang kita terkeliru antara amalan yang dituntut dengan kebiasaan yang diamalkan antaranya adalah :-

1. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para ulama pula menyebut waktu nya adalah 1/6 terakhir malam (Awnul Ma'bud, 6/469) Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW.

2. Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Waktu doa paling didengari adalah pada penghujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardu.

3. Menganggap waktu imsak sebagai lampu merah bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah lampu kuning yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur tetapi waktu amarn sahaja. Lalu jangnlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang penamat sahur adalahsejurus masuk fajar sadiq (subuh).

4. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompangan yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


0 comments:

Post a Comment