Searching...
Friday, July 31, 2015
8:54 PM 0

Cara-cara mengenali air mani seorang wanita yang keluar


Soalan:
Apakah titisan air mani? Saya bangun dari tidur, saya dapat rasakan ada lelehan air. Saya tidak tahu air apa yang meleleh, tetapi bila saya ingat balik, saya tidak ada mimpi yg menghairahkan?
Hani Azura, Parit Buntar

Jawapan:
Biasanya air mani keluar dari kemaluan seseorang disebabkan adanya rangsangan berahi, apakah melalui mimpi, mengkhayal ataupun dengan menggunakan tangan dan yang serupa dengan itu. Biasanya juga sebelum keluar air mani didahului dengan keluarnya air mazi. Biasanya air mazi berupa cairan yang sukar diketahui melalui penglihatan namun dapat dirasakan dengan tangan.

Dan keluarnya air mazi ini tidak menyebabkan seseorang mesti wajib mandi. Mungkin juga cairan yang keluar itu kerana bangkitnya keghairahan anda disebabkan geseran-geseran yang terjadi ketika tidur sehingga menyebabkan sampainya klimaks berahi anda. Mungkin juga ia sekadar cairan biasa yang bukan air mani tetapi berkaitan dengan faktor kesihatan tubuh badan anda. 

Namun jika anda dalam keraguan untuk menentukannya, maka ambillah jalan yang terbaik, mungkin lebih selamat segera lakukan mandi wajib agar tidak menjadi perkara yang musykil berpanjangan dalam minda anda.

Wallhu a'lam.


0 comments:

Post a Comment