Searching...
Thursday, September 24, 2015
5:12 PM 1

ASTAGFIRULLAH!! Rupanya ini 2 punca sebenar tragedi rempuhan di Mina, Mekah


Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled Al-Falih, menyalahkan jemaah haji yang tidak berdisiplin sebagai punca tragedi rempuhan yang sehingga kini mengorbankan 717 orang. 

Beliau berkata, tragedi itu tidak akan berlaku sekiranya jemaah mengikuti arahan yang telah ditetapkan. 

"Banyak jemaah bergerak tanpa menghormati jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ini adalah punca utama tragedi rempuhan itu. 

"Jika mereka mengikuti arahan, kemalangan sebegini dapat dielakkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Rombongan Jemaah Haji Iran, Saeed Ohadi pula menyalahkan pengurusan Arab Saudi yang bertindak menutup banyak laluan di Mina sehingga memaksa ratusan ribu jemaah terpaksa mengikuti satu laluan yang sama secara serentak. 

Ohadi berkata, penutupan laluan menyebabkan tinggal hanya tiga laluan ke kawasan melontar.

"Kejadian hari ini menunjukkan salah urus dan kurangnya perhatian yang serius terhadap keselamatan jemaah. Tidak ada penjelasan lain. Pihak berkuasa Arab Saudi harus bertanggungjawab," katanya. 

Jemaah Iran antara yang paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan itu dan sehingga kini, seramai 43 jemaah Iran dilaporkan maut, manakala 60 lagi cedera.


Selanjutnya di : BH Online

1 comments: