Searching...
Thursday, September 24, 2015
5:33 PM 0

Bahaya tidur dalam kereta, apa yang berlaku selepas tidur 5 minit amat tragis dan menyayat hati

foto ini sekadar hiasan

Biasa tengok kan, ramai yang menjadikan kereta sebagai rumah kedua. Jika di perhentian rehat mahupun tepi jalan, kereta akan dijadikan sebagai tempat untuk menghilangkan penat dan melelapkan mata. Mempunyai penyaman udara menjadikan ia sebagai tempat yang paling selesa.

Ada di antara kita yang memandang remeh perkara ini, namun hakikatnya tidur di dalam kereta yang tidak bergerak dengan penyaman udara yang terpasang boleh mengundang maut.

Keratan akhbar banyak memaparkan kisah kematian yang berlaku semasa tidur didalam kereta. Ngeri bukan? Ternyata, tidur dalam kereta dengan tingkap bertutup rapat dan kemudian memasang penyaman udara sekuat-kuatnya penyebab utama kematian.

Seperti kejadian di Johor baru-baru ini ia membuka mata orang ramai apabila lima sekeluarga ditemui mati akibat terhidu gas beracun ketika sedang tidur di dalam kereta mereka.

Bagaimana ia boleh menyebabkan kematian? Bila enjin dan kereta terbiar dalam jangka masa panjang, kebocoran gas karbon monoksida atau CO boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang.

CO beracun kepada manusia kerana ia boleh menjejaskan hemoglobin, iaitu satu komponen penting sel darah merah. Dalam keadaan biasa, hemoglobin bertugas untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan dan membebaskannya ke tisu badan. Apabila gas CO disedut, ia akan menggantikan tempat oksigen dan boleh membunuh dalam masa beberapa minit sahaja jika kepekatan gas ini tinggi dalam darah.

Jadi elakkan daripada tidur di dalam kereta dengan keadaan tingkap yang tertutup. Jika penat sangat, lelaplah sekejap tetapi turunkan sedikit tingkap agar udara luar dapat masuk ke dalam kereta jika anda mahu merehatkan diri. Janganlah kerana kelalaian sebegini sehingga ia boleh mengundang maut. Paling selamat, tidurlah seketika di surau atau masjid setelah menunaikan solat. Ia juga mengelakkan diri anda daripada diragut jika tidur dalam kereta.


0 comments:

Post a Comment