Searching...
Thursday, September 17, 2015
5:29 AM 0

SERAM!! Penampakan aneh pada bahagian dada Anis Al-Idrus, bekas kekasih Sharnaaz Ahmad


Baru-baru ini, ada ura-ura yang mengatakan bahawa model dan pelakon, Anis Al-Idrus kini sedang hangat bercinta dengan seorang lagi pelakon, Ungku Ismail Aziz. Namun begitu, bekas kekasih Sharnaaz Ahmad ini menangkis kenyataan tersebut dan menafikannya.

"Kami tidaklah terlalu rapat. Saya mengenalinya sebagai seorang pelakon, kerana kami pernah berlakon bersama dalam drama 'Apabila Kau Tersenyum' yang telah menjalani penggambaran sekitar penghujung tahun 2013 sehingga awal 2014," jawab Anis ketika ditemubual oleh MH.

Menurutnya lagi, mereka tidaklah terlalu rapat, tetapi sekadar mengenali antara satu sama lain.

"Kami hanya bertemu di set penggambaran dan tidaklah sehingga meluangkan masa bersama di luar waktu kerja," tambahnya lagi.

Ditanya mengenai bagaimana khabar percintaan mereka berdua timbul, Anis mengakui bahawa dia pernah bergambar dengan patung beruang untuk mempromosikan kempen #TravellingBeruang yang turut menjadi projek Ungku Ismail bersama Media Prima.

"Mungkin selepas orang ramai nampak saya bergambar dengan patung beruang itu, ramai yang menganggap kami punya hubungan," katanya sambil ketawa mengenangkan mengenai gosip tersebut, yang dianggap tidak benar.

TIDAK KEJAR ARTIS?

Ditanya mengenai komen beberapa pihak yang mengatakan bahawa Anis Al-Idrus kerap kali memilih selebriti sebagai pasangan, Anis punya jawapannya yang tersendiri.

"Itu tidak benar sama sekali. Sebelum hubungan saya yang sebelum ini, saya tidak bercinta dengan artis mahupun selebriti. Jadi, bagi saya tidak ada istilah mengejar artis sebagai pasangan," jawabnya.

Ditanya mengenai kriteria lelaki idamannya, Anis mengimpikan seorang lelaki yang baik budi bahasa dan bijak.

"Saya mengimpikan seorang lelaki yang berbudi bahasa, menghormati orang-orang tua lebih-lebih lagi kedua-dua ibu bapa saya, memahami kehidupan saya sebagai seorang anak tunggal dan yang paling penting, dia perlulah bijak dalam menangani apa-apa situasi.

"Bagi saya, kebijaksanaan seorang lelaki itu, menggambarkan tahap kematangan dalam dirinya," jelasnya lagi. 


SEDANG MENGENALI SESEORANG

Selepas hampir lapan bulan berpisah dengan Sharnaaz Ahmad, Anis nampaknya sedikit sepi dari pelbagai gosip. Kini, dia mengakui bahawa dirinya sedang mengenali seseorang untuk dijadikan peneman hidup.

"Saya sedang mengenali seseorang. Apa pun, biarlah rahsia. Selagi tidak confirm, saya simpan dahulu sebagai hal peribadi. Apabila sudah merisik atau bertunang, barulah saya hebahkan," katanya lagi.

Terbaru, Anis Al-Idrus akan muncul dengan jenama koleksi tudungnya iaitu Numma Nuur x Anis Al-Idrus dan bakal dilancarkan menjelang awal Oktober.

Selain daripada itu, pelakon ini juga sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 'Uda & Dara' terbitan Global Station. Khabarnya, drama bersiri 65 episod itu bakal ditayangkan pada Oktober akan datang.

0 comments:

Post a Comment