Searching...
Thursday, May 7, 2015
12:25 AM 4

Gempar !! langit di Mekah jadi gelap tiba-tiba selama 2 hari, petanda kiamat?


Keinsafan menyelinap dalam sanubari apabila mendengar perkhabaran kisah aneh yang sedang melanda bumi suci Mekah sekarang.

Gempar, apabila langit kota suci itu dilihat bertukar menjadi merah pekat dan gelap pada waktu tengahari selama dua hari berturut-turut kebelakangan ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.30 tengahari semalam terutamanya, menimbulkan beribu persoalan pada jemaah yang melihat.


Meskipun cuaca tanah suci Mekah dibasahi air hujan pada sebelah siang, kegelapan yang melanda langit didakwa berbeza dengan fenomena mendung yang acapkali berlaku sebelum hujan – gelapnya dikatakan menyerupai kegelapan pada malam hari!

Sesungguhnya ini bukan omongan kosong kerana ianya benar-benar terjadi.

Kisah ini menjadi viral di media sosial apabila tetamu Allah yang kini berada di bumi suci tersebut turut meluahkan kegusaran melihat fenomena aneh tersebut.


Adakah fenomena aneh ini sebenarnya petanda dan peringatan kepada manusia?

Umat islam semestinya maklum, antara petanda besar kiamat makin hampir adalah bila dunia dilitupi kabut tebal hingga menjadikan dunia gelap gelita.

Allah berfirman. “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya Tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan beriman”. (Al Dukhan: 10-12)

Sesungguhnya Allah SWT berkuasa ke atas sesuatu dan jika DIA menghendaki sesuatu perkara berlaku, maka tiada yang dapat menghalang.

Kita tidak akan tahu bila Izrail bakal datang merenggut nyawa tapi yang pasti, ajal pasti tiba.

Jika benar ini adalah petanda, moga kita semua diberikan berkesempatan untuk bertaubat.



Sumber : Mynewshub

4 comments:

  1. tapi saya tak rasa macam tu. sbb mengikut Rasulullah. bumi akan gelap 3 hari 3 malam. bukan Makkah sahaja tapi dunia.kalau saya silap kaji tolong perbetulkan, harap semua hamba Allah tolong baca dan fahami maksud Al-Quran tersebut

    ReplyDelete
  2. Jgn Tuhan.. Menentukan sesuatu yg blom Alloh.. Jadikan.. Jgn mendahului Alloh.. Ape pon berlaku kehendaknya.. Alloh bebas melakukan mengikut kehendaknya..

    ReplyDelete
  3. Allah berkuasa atas tiap sesuatu....namun Allah telah berjanji bermcm perkara dlm quran...bagi kami janji Tuhan tu pasti....dn kami teramat pasti Tuhan tidak akan mungkir janji

    ReplyDelete