Usah biarkan jalinan itu menjadi lesu kerana ‘penyatuan’ anda dan dia adalah penyumbang keharmonian hidup berumah tangga.
EH! kongsikan idea dan strategi untuk rancakkan perhubungan intim kalian.
Anda yang mulakannya!
Sebahagian wanita masih berasa malu dengan pasangan mereka biarpun sudah lama mendirikan rumah tangga. Bagi mereka, sebagai isteri tugas mereka hanyalah menurut perintah apabila bercakap soal aktiviti di kamar tidur. Pabila suami mahu, barulah mereka bertindak. Mungkin sudah tiba masa anda membuang rasa malu itu dan tunjukkan rasa teruja. Mulakan langkah jika keinginan anda muncul. Usah biarkan diri tertunggu-tunggu.
Berterus-terang.
Sebelum mengutamakan perasaan orang lain, fikirkan perasaan anda terlebih dahulu. Usah terus memendam perasaan kerana semakin lama disimpan, semakin merana emosi anda. Jika ada kekurangan dalam aktiviti seksual kalian, luahkannya. Lelaki tidak seperti wanita yang suka memikirkan hal orang lain dan mereka juga ada kalanya kurang pandai membaca bahasa tubuh. Luahkan apa yang terbuku, jika ada sesuatu yang ingin dicuba sarankan kepada mereka.
Ubah suai kamar tidur.
Pabila sudah kerap mengadakan hubungan di kamar yang hiasannya sama selama tiga tahun, tentunya mengundang rasa jemu. Walaupun sudah bertukar cadar mahupun rona langsir, suasananya tetap serupa. Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Tukarkan warna cat dinding, tukar susun atur perabot, dan jika boleh tukar juga tilam yang mungkin sudah lembik dan tidak anjal lagi. Satu perkara yang lebih penting, tukar juga teknik pencahayaan. Jika sudah jemu dengan cahaya merah-kuning, mungkin tiba masa anda mencuba rona cahaya yang lain.
Keluar dari kebiasaan.
Sesekali tidak salah jika anda mahu mengadakan hubungan intim di ruang tamu ataupun di hotel yang selesa. Jika langkah ini yang boleh menyelamatkan mutu hubungan kalian, mengapa tidak? Usah berasa malu untuk menyuarakan keinginan dan biasanya lelaki memang sukakan sesuatu yang baru dan mencabar.
Di luar jangkaan.
Lakukannya dengan spontan. Biasanya pabila sesuatu yang menyeronokkan berlaku pada waktu yang tidak dijangka ia secara tidak langsung meningkatkan rasa teruja itu. Foreplay sebelum keluar bekerja atau sedang khusyuk menonton televisyen ataupun sedang memasak. Hubungan intim yang berlangsung di luar jangkaan mungkin meninggalkan kesan yang menakjubkan. Cubalah!
0 comments:
Post a Comment