Searching...
Saturday, July 11, 2015
4:53 PM 0

Luahan derita isteri sering tidak puas di ranjang bersama suami


Dalam ruangan ’sihat’ di sebuah akhbar tempatan berkata, seorang suami menyuarakan keluhan tentang sikap isteri yang keberatan melayan kemahuan batin suami. Pakar sakit tuan yang dirujuk, mungkin kerana keterbatasan ruang, tidak mengupas punca terjadinya situasi sedemikian.

Kenapa isteri bersikap dingin?

Naluri manusia, baik lelaki mahupun perempuan, sentiasa tertarik dengan keseronokan, keindahan, ketenangan dan bermacam lagi keadaan yang menyelesakan. Seorang lelaki sama juga seperti perempuan ingin mengasihi dan dikasihi. Tiada perantara yang lebih baik untuk menterjemah keinginan itu selain alam rumah tangga.

Setelah berumahtangga, akan terus suburkah perasaan kasih mengasihi? Ataupun impian akan hanya tinggal harapan! Adakah kehangatan malam pertama akan terus terasa bahangnya atau menjadi dingin sedingin embun di waktu pagi? Kalau berpanjangan, syukurlah tapi kalau sebaliknya, kenalah dicari punca.

Kenapa isteri bersikap dingin? Apakah punca isteri keberatan melayan keinginan batin suami!
Umumnya, kaum lelaki dianggap sebagai species yang dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu tapi sebaliknya pula pada kaum perempuan. Dengan nisbah sembilan akal dan satu nafsu, kenapa tidak meraba ke dalam mencari kelemahan diri sebagai suami. Kalau hubungan batin itu menyeronok dan memuaskan, kenapa isteri mengelak untuk menjalin hubungan???

Kajian ilmiah menunjukkan semakin ramai isteri yang menderita dalam diam, ditinggal terkapai oleh suami yang gagal membawa isteri kekemuncak. Lebih 80 peratus kaum perempuan tidak tahu apa itu ‘climax’ ataupun tidak pernah dapat menikmati kenikmatan kemuncak dari hubungan seksual dan cuma segelintir yang hanya sekali sekala dapat merasa kenikmatan sebenar. Dan kurang dari satu peratus yang pernah mengalami kemuncak berganda. Kalau setiap kali ‘bersama’ hanya suami yang mendapat kepuasan, sedangkan isteri terkapar dan terabai dalam harapan, lama kelamaan akan berputik perasaan ‘tidak dikasihi’ dijiwa isteri. Dari putik menjadi buah, meranum dan akhirnya gugur kebumi kekeringan.

Ketika mana harapan untuk sama-sama menikmati ‘detik syurga duniawi’ hasil keampuhan belaian suami berkecai seribu, menyusuplah bibit-bibit kebosanan yang akan bertunas bercambah tanpa kawalan. Dari kebosanan yang tak berpenghujung itulah muncul mekanisma yang mengubah isteri menjadi sekujur ‘batang pisang’ yang dingin sebagai alat melempias kehendak batin suami. Dan suami pun mengeluh, menyalahkan isteri kerana bersikap demikian.

Kalaulah para suami dapat mendengar luahan kehampaan isteri-isteri mereka, mendengar komen-komen mereka tentang seks, tentu ramai suami yang merasa terhina. “…tak sedap pun…” “…belum sempat geli dia dah habis…” “tak sempat nak tembam dia dah tersembam…” “…sorry ayang, nanti kita buat sekali lagi…heh, dia bedengkur sampai kepagi kita yang tinggal terkebil-kebil…” Itu cuma sedikit dari cemuhan isteri-isteri yang dapat dipaparkan disini. Dan yang anehnya ada diantara suami tersebut sudahpun berpoligami.

Kenapa isteri bersikap dingin? Kepada para suami, cuba jawab seikhlasnya soalan berikut:-

1. Sebelum masuk kebilik tidur, adakah anda membersihkan diri supaya badan dan mulut tidak berbau?
2. Adakah anda menjauhkan rokok sebelum menghampiri isteri kerana bau asap rokok yang melekat di kerongkong amat sukar dinyahkan walaupun anda sudah memberus gigi?
3. Adakah anda pasti bahawa air perigi sudah cukup dalam sebelum anda mula mendayung?
4. Pernahkah anda memberi pujian, membisikkan kata-kata rangsangan di telinga isteri sebelum, semasa dan setelah selesai dayungan kerana interaksi percakapan boleh membantu anda melengahkan noktah dayungan?

Setelah membuat persiapan rapi menyediakan kelengkapan yang boleh menimbulkan keghairahan isteri, barulah suami membuat perhitungan. Percayalah. Seorang lelaki hebat akan membuatkan si isteri sentiasa bersedia menerima. Seorang lelaki hebat tidak akan lemas sebelum sampai ketepian malah akan sentiasa dapat mendengar ‘rengekan’ manja pasangan menanyakan ” abaaaang, bila nak sudah, dah tak larat.”


0 comments:

Post a Comment