Searching...
Friday, July 31, 2015
7:10 AM 0

2 FOTO wajah sebenar bakal suami ke-3 Abby Abadi yang amat kacak dan berbadan sado


Pelakon dan usahawan Abby Abadi mengesahkan bakal bernikah dengan seorang wartawan dalam majlis ringkas di Keramat pada 14 Ogos ini.

Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 38, berkata, hatinya tergerak untuk berkahwin buat kali ketiga kerana kasih sayang yang ditunjukkan duda bernama Mohd Faizal Zakaria, 41, itu terhadapnya dan anak-anak.

“Walaupun kami baru saja rapat Disember lalu, dia istimewa di mata saya kerana menerima saya seadanya. Sikap penyayang terhadap anak-anak saya dan selalu berjumpa mereka memikat hati saya.

“Kami pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini dan berharap sesuatu yang lebih baik kali ini. Moga pernikahan ini jadi yang terakhir untuk kami berdua,” katanya ketika dihubungi Harian Metro petang tadi.

Pengumuman mengejut dilakukan Abby mengenai perkara itu di akaun Instagramnya petang tadi menarik perhatian ramai dan mendapat reaksi positif peminat.


Menurut Abby, dia mengenali Mohd Faizal ketika menyertai sebuah program beberapa bulan lalu dan menjadi rapat sejak itu.

Majlis resepsi pasangan ini dijangka berlangsung pada 15 atau 16 Ogos ini.

Terdahulu, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 39, pada 11 Januari 2002.

Pasangan itu dilaporkan bercerai pada 5 Mei 2006 sebelum rujuk semula tidak lama selepas itu. Mereka yang dikurniakan tiga cahaya mata kemudian dilaporkan bercerai sekali lagi pada 2008.

Abby berkahwin pula dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 9 Julai 2013 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 11 Jun tahun lalu.


0 comments:

Post a Comment