Searching...
Monday, July 6, 2015
4:55 AM 1

TERLAMPAU MEWAH !! Inilah 3 FOTO rumah mewah Lisa Surihani dan Yusry KRU


Rumah Lisa Surihani Dan Yusry KRU di Kajang yang mewah dan cantik. Rumah ini terletak di Country Height Resort, Kajang. Rumah ini direka khas oleh Yusry kepada Lisa.

Yusry bin Abdul Halim merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan KRU. Beliau dilahirkan pada 15 Jun 1973 di Kuala Lumpur. Bersama dua orang adik-beradiknya yang juga ahli kumpulan KRU, mereka menghasilkan beberapa buah album sejak 1992.

Pada tahun 2004, beliau menghasilkan sebuah album solo. Beliau juga ialah seorang komposer, produser, direktor dan pelakon.

Yusri pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003. Pada Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e pada 14 Jun 2006 bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.

Setelah menjalin cinta selama hampir setahun, akhirnya pada 23 Disember 2011 beliau telah bertunang dengan pelakon Lisa Surihani.

Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriot, Putrajaya. Manakala majlis resepsi bagi kedua belah pihak diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 26 Februari 2012 dengan dihadiri oleh 2000 tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan lain-lain.





1 comments: