Searching...
Sunday, August 2, 2015
11:53 PM 0

5 FOTO detik-detik cemas Lan Pet Pet menyelamatkan mangsa kemalangan jalan raya

Tindakan murni pelawak Lan Pet Pet membantu mangsa kemalangan jalan raya mendapat pujian dari netizen.

Apa tidaknya, ahli kumpulan Senario itu sanggup turun dari keretanya dan menolak faktor keselamatan dirinya hanya kerana mahu membantu individu yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Salah seorang pengguna jalan raya yang turut berada di lokasi nahas, dikenali sebagai Fairuz Arshad merakamkan beberapa keping gambar dan memuatnaik posting berkenaan di laman Facebooknya.

Lan Pet Pet sekaligus membuktikan bahawa statusnya sebagai artis bukan 'halangan' menidakkan pertolongan kepada orang yang memerlukan.

Bukanlah seperti sesetengah daripada kita, hanya memerhatikan kemalangan di sebalik cermin kereta tanpa menghulurkan sebarang bantuan.

0 comments:

Post a Comment