Searching...
Tuesday, August 4, 2015
7:37 PM 0

INFO TERKINI !!! Najib Razak bakal pecat Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah???


Saya berasa bahawa mana-mana pemimpin UMNO yang tidak menyokong Datuk Sri (Najib Tun Razak) maka memang patutlah Datuk Sri memecat mereka.

Semenjak dari dahulu lagi saya dapat melihat pemimpin seperti Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan Menteri Besar Kedah tidak pernah sekalipun menyatakan sokongan beliau kepada Presiden parti dan Perdana Menteri. Kenapa ?

Tidakkah sepatutnya Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri harus menyatakan sokongan kepada Ketua beliau sendiri?

Saya berasakan bahawa Mukhriz Mahathir ini sudah tidak sesuai lagi berada dalam jawatan penting kerajaan kerana beliau mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada Perdana Menteri itu sendiri.

Tindakan Perdana Menteri memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal adalah tepat kerana mereka tidak memberikan sokongan kepada Perdana Menteri lagi.

Maka wajar lah juga Mukhriz Mahathir dipecat dari jawatan kerajaan.

Seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya diberikan sokongan penuh oleh seluruh ahli-ahli UMNO dan kepimpinan UMNO.

Syed Rosli Jamalullail ialah Ketua Penerangan Cawangan merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan, Umno Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor dan pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Pemilihan UMNO 2013.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.


0 comments:

Post a Comment