Searching...
Sunday, August 2, 2015
6:50 PM 0

Persetubuhan suami isteri dianggap rogol jika...


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

"Iaitu persetubuhan antara suami isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang dan masih berkuatkuasa, tidak boleh dianggap sebagai rogol.

"Sehingga ini belum ada lagi cadangan untuk memindanya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, perbuatan suami yang mendatangkan kecederaan kepada isterinya bagi tujuan mengadakan hubungan seks, telah dijadikan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Nancy berkata, kesalahan di bawah seksyen 375A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada MP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang bertanya sama ada kerajaan berniat meminda Kanun Keseksaan bagi mengiktiraf kesalahan rogol suami terhadap isteri.

Menurut Nancy lagi, keputusan untuk mengekalkan peruntukan berkaitan Seksyen 375 Kanun Keseksaan berhubung perkara itu dibuat berdasarkan kajian dan penemuan jawatankuasa pilihan khas Parlimen pada tahun 2006 apabila rang undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dibentangkan.

Nancy berkata jawatankuasa itu dianggotai MP Seputeh Teresa Kok, MP Pasir Puteh Che Min Che Ahmad, MP Gelang Patah Tan Ah Eng, MP Cameron Highlands SK Devamany, MP Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad.


0 comments:

Post a Comment