Searching...
Sunday, September 27, 2015
8:25 PM 0

Gadis ini amat cantik dan seksi, namun padah takut digoda lelaki lain, teman lelakinya melakukan sesuatu yang mengerikan terhadap gadis ini


Memiliki kekasih cantik dan seksi ternyata tidak membuatkan jejaka dari China ini senang hati. Dia amat khuatir dan risau kekasihnya akan meninggakan dirinya dan direbut oleh jejaka lain.


Kerana rasa sayang yang tidak berbelah bagi, jejaka ini mempunyai cara agar kekasihnya tidak menjadi idaman lelaki lain. Dia menggemukkan kekasihnya dan dalam masa 2 tahun, tubuh cantik dan seksi itu pun hilang.


You Pan mula berkenalan dengan teman wanitanya Yan Tai beberapa tahun yang lalu. Ketika itu Yan Tai memiliki tubuh badan yang sangat cantik dan seksi. Namun, kelebihan ini membuatkan You Pan dalam keadaan resah dan tidak senang kerana dia beranggapan jika suatu hari nanti kekasih hatinya itu akan berpaling kepada lelaki yang lebih tampan darinya.


Dia mempunyai idea untuk membuatkan kekasihnya itu menjadi gemuk sehinggakan dia terpaksa mengejutkan teman wanitanya dari tidur pada waktu malam semata-mata hanya untuk menjamah makanan. Secara perlahan-lahan, idea tersebut berhasil dan berat badan Yan Tai naik dua kali ganda.


Yan Tai langsung tidak keberatan ataupun menolak permintaan teman lelakinya itu, malah dia kelihatan sangat bahagia meskipun berat tubuh badannya naik sebanyak dua kali ganda. Kelihatan di dalam gambar Yan Tai menitiskan air mata kerana terharu ketika dilamar oleh You Pan dengan sejambak bunga yang diperbuat dari coklat Ferrero Rocher.

0 comments:

Post a Comment