Searching...
Sunday, November 15, 2015
6:08 PM 0

PEDAS! Akhirnya Zizan Razak buka mulut juga isu pengguguran Kamal Adli dari membintangi filem Abang Long Fadil 2

Sebelum ini timbul pelbagai dakwaan yang mengatakan Zizan Razak tidak mahu berlakon bersama Kamal Adli sehingga nama aktor itu digugurkan daripada membintangi filem Abang Long Fadil 2.


Kamal juga ada meluahkan rasa terkilan beliau dan mempersoalkan tindakan tersebut yang seakan menutup periuk nasinya.

Enggan memberikan sebarang komen mengenai hal berkenaan dan menyerahkan segala urusan kepada pihak produksi, Zizan bagaimanapun menjelaskan beliau sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon dengan Kamal dan akan mencari jalan terbaik agar kedua-duanya selesa untuk bekerjasama selepas ini.

"Saya boleh berlakon bersama dia tetapi mungkin saya akan pilih jalan terbaik dan sesuai dengan keadaan serta keselesaan kedua-dua belah pihak. Ini bagi memastikan tidak menimbulkan masalah kepada pihak produksi."


Jika Datuk Yusof Haslam pernah menyatakan pengguguran nama Kamal adalah keputusan yang terbaik buat semua pihak, pengarah Abang Long Fadil 2 Syafiq Yusof pula memberitahu mereka tidak pernah menyingkirkan Kamal tetapi sejak awal lagi hanya nama Zizan sahaja yang akan kekal dalam filem arahannya itu.

"Saya jelaskan apa yang berlaku bukan kami gugurkan Kamal tetapi kami hanya kekalkan Zizan seorang sahaja dalam filem itu.

Manakala pelakon-pelakon lain kesemuanya adalah pelakon baharu atau yang tidak pernah ada dalam filem pertama sebelum ini."



Perkara ini mungkin hanya salah faham sahaja antara Kamal Adli dan pihak produksi, seperti yang kami cakap sebelum ini pasti apa yang berlaku ada hikmahnya sendiri. Lagipun, tidak perlu la sesama pelakon dan pihak produksi bermasam muka bukan?

Sumber: Beautifulnara

0 comments:

Post a Comment